Sunday, February 8, 2009

Perak kembali ke BN

Pada 6 Februari 2009, Barisan Nasional telah berjaya menawan semula pentadbiran Negeri Perak, setelah Menteri Besar Perak yang ke-11 telah menangkat sumpah di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan. Ini berikutan kehilangan kepercayaan kepada bekas MB dari PAS, apabila YAB Datuk Seri Mohd Najib telah mohon maklum kepada Tuanku Sultan bahawa BN kini memiliki majoriti dalam Dewan Negeri Perak.

Hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang inginkan negeri ini bebas dari pemerintahan kucar-kacir Pakatan Rakyat yang telah membawa malapetaka demi malapetaka kepada Perak, akhirnya telah tiba. Kerajaan minoriti PAS (yang seperti diketahui ramai, didukung atas bahu parti ekstremis perkauman DAP) telah membenarkan dasar-dasar pro-DAP diketengahkan; yang begitu jelas sekali berunsur perkauman seperti pemberian hak-milik kekal 999 tahun, atau membelakangkan pihak Tuanku dengan percubaan untuk memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang berani tidak tunduk kepada MB dari PAS dahulu. Mudah-mudahan BN akan dapat mengendalikan pentadbiran negeri dengan penuh tradisi BN yang lazimnya sederhana, adil & saksama.

No comments:

Post a Comment