Thursday, March 5, 2009
Perhimpunan Agung UMNO 2009
Pergerakan Wanita UMNO akan mengadakan mesyuarat tahunan serta Pemilihan di PWTC untuk jawatan-jawatan EXCO peringkat Pusat. Setelah mendapat sokongan dari rakan-rakan dalam Wanita UMNO, saya sebagai Ketua Wanita UMNO Pasir Salak dengan rasa rendah diri menawarkan nama untuk pertandingan salah satu jawatan yang sedia ada. Semoga Wanita UMNO terus berjaya dalam perjuangan parti & bangsa.
Monday, February 23, 2009
BN & Bukit Gantang
Setelah SPR memutuskan tarikh pilihanraya kecil di Bukit Gantang Barisan Nasional kini sedang membuat persiapan untuk mengaktifkan jentera untuk menawan semula Bukit Gantang setelah jatuh kepada PAS pada PRU yang lalu. Wanita UMNO juga turut mempertingkatkan persiapan untuk menghadapi cabaran sengit ini.
PR mungkin akan meletakkan calon dari PAS sementara UMNO hampir pasti akan mendahalui usaha dan akan menyediakan calon untuk kerusi Parlimen. Adalah diharapkan calon kita nanti boleh menepis setiap usaha oleh pembangkang untuk menafikan kemenangan kepada BN. Jika melayari internet, jelas PR cukup berlagak dan begitu yakin bahawa mereka akan menang. BN wajar tidak mempeduli mereka, dan perlu meneruskan usaha untuk turun berkempen secara sistematik dan berkesan.
Pengundi di Bukit Gantang boleh lihat sendiri betapa kelamabutnya kerajaan boneka PAS yang didalangi oleh DAP 11 bulan yang lalu. Tugas Wanita UMNO pula memang jelas. Wanita akan terus berkerja keras dan memastikan kemenangan kepada BN di Bukit Gantang .
Sunday, February 8, 2009
Perak kembali ke BN
Pada 6 Februari 2009, Barisan Nasional telah berjaya menawan semula pentadbiran Negeri Perak, setelah Menteri Besar Perak yang ke-11 telah menangkat sumpah di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan. Ini berikutan kehilangan kepercayaan kepada bekas MB dari PAS, apabila YAB Datuk Seri Mohd Najib telah mohon maklum kepada Tuanku Sultan bahawa BN kini memiliki majoriti dalam Dewan Negeri Perak.
Hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang inginkan negeri ini bebas dari pemerintahan kucar-kacir Pakatan Rakyat yang telah membawa malapetaka demi malapetaka kepada Perak, akhirnya telah tiba. Kerajaan minoriti PAS (yang seperti diketahui ramai, didukung atas bahu parti ekstremis perkauman DAP) telah membenarkan dasar-dasar pro-DAP diketengahkan; yang begitu jelas sekali berunsur perkauman seperti pemberian hak-milik kekal 999 tahun, atau membelakangkan pihak Tuanku dengan percubaan untuk memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang berani tidak tunduk kepada MB dari PAS dahulu. Mudah-mudahan BN akan dapat mengendalikan pentadbiran negeri dengan penuh tradisi BN yang lazimnya sederhana, adil & saksama.

Sunday, February 1, 2009
Kuala Terengganu & Dewan Negeri Perak
Keputusan pilihanraya kecil kerusi parlimen Kuala Terengganu akhirnya tidak menyebelahi Barisan Nasional. Kesimpulan-kesimpulan dari keputusan tersebut telah panjang dibincang dalam rencana media-media, akhbar dan seterusnya. Yang nyata, BN perlu memikir semula strategi untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya sedemikian. Pada satu ketika, BN memiliki kelebihan ke atas saingan setiap kali ada pilihanraya kecil. Keadaan kini tidak sama lagi.
Di Perak pula, berita-berita terbaru memberi andaian bahawa lanskap politik Dewan Negeri Perak akan bergolak. BN & Pakatan Rakyat masing-masing sedang berusaha untuk menguasai medan pertempuran politik di negeri ini. Diharapkan BN akan akhirnya berjaya menguasai situasi ini dan seterusnya kembali mentadbir kerajaan negeri, setidak-tidaknya pada PRU-13 yang akan datang nanti.
Monday, January 5, 2009
Hari Penamaan Calon Kuala Terengganu
Seperti yang dijangka awal, kerusi parlimen Kuala Terengganu akan menjadi medan persaingan di antara calon UMNO dari Barisan Nasional yang akan berhadapan dengan calon dari PAS.
Calon ke-tiga merupakan calon Bebas yang tidak diramalkan akan pergi jauh sementera calon dari AKIM hadir di Dewan Penamaan Pencalonan tetapi tidak mengemukakan borang pencalonan beliau.
Calon ke-tiga merupakan calon Bebas yang tidak diramalkan akan pergi jauh sementera calon dari AKIM hadir di Dewan Penamaan Pencalonan tetapi tidak mengemukakan borang pencalonan beliau.
Proses tersebut dihadiri oleh ribuan penyokong dari kedua-dua pihak yang berkumpul di luar pagar pusat SPR, dan mungkin memandangkan PAS yang bertanding kali ini, belum lagi ada laporan kacau bilau berlaku seperti yang terjadi di Permatang Pauh apabila dakwaan timbul yang orang yang memakai pakaian PKR bertindak liar menyerang jurugambar dan penyokong BN diintimidasi.
Namun itu, cabaran kepada BN tetap tinggi untuk memenangi kerusi ini.
Sunday, January 4, 2009
Perjuangan UMNO & BN di Terengganu
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak menyokong usaha Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Semoga calon kita mendapat kejayaan dalam pertandingan tersebut dan UMNO meneruskan perjuangan memartabatkan kehendak rakyat.
Harapan juga agar Hari Penamaan Calon pada esok akan berjalan dengan lancar dan petugas-petugas BN & UMNO cekal & bersabar walaupun pasti menghadapi intimidasi dari penyokong pihak pembangkang yang kerap bersikap keterlaluan.

Subscribe to:
Posts (Atom)