Monday, February 23, 2009

BN & Bukit Gantang


Setelah SPR memutuskan tarikh pilihanraya kecil di Bukit Gantang Barisan Nasional kini sedang membuat persiapan untuk mengaktifkan jentera untuk menawan semula Bukit Gantang setelah jatuh kepada PAS pada PRU yang lalu. Wanita UMNO juga turut mempertingkatkan persiapan untuk menghadapi cabaran sengit ini.

PR mungkin akan meletakkan calon dari PAS sementara UMNO hampir pasti akan mendahalui usaha dan akan menyediakan calon untuk kerusi Parlimen. Adalah diharapkan calon kita nanti boleh menepis setiap usaha oleh pembangkang untuk menafikan kemenangan kepada BN. Jika melayari internet, jelas PR cukup berlagak dan begitu yakin bahawa mereka akan menang. BN wajar tidak mempeduli mereka, dan perlu meneruskan usaha untuk turun berkempen secara sistematik dan berkesan.

Pengundi di Bukit Gantang boleh lihat sendiri betapa kelamabutnya kerajaan boneka PAS yang didalangi oleh DAP 11 bulan yang lalu. Tugas Wanita UMNO pula memang jelas. Wanita akan terus berkerja keras dan memastikan kemenangan kepada BN di Bukit Gantang .

Sunday, February 8, 2009

Perak kembali ke BN

Pada 6 Februari 2009, Barisan Nasional telah berjaya menawan semula pentadbiran Negeri Perak, setelah Menteri Besar Perak yang ke-11 telah menangkat sumpah di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan. Ini berikutan kehilangan kepercayaan kepada bekas MB dari PAS, apabila YAB Datuk Seri Mohd Najib telah mohon maklum kepada Tuanku Sultan bahawa BN kini memiliki majoriti dalam Dewan Negeri Perak.

Hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang inginkan negeri ini bebas dari pemerintahan kucar-kacir Pakatan Rakyat yang telah membawa malapetaka demi malapetaka kepada Perak, akhirnya telah tiba. Kerajaan minoriti PAS (yang seperti diketahui ramai, didukung atas bahu parti ekstremis perkauman DAP) telah membenarkan dasar-dasar pro-DAP diketengahkan; yang begitu jelas sekali berunsur perkauman seperti pemberian hak-milik kekal 999 tahun, atau membelakangkan pihak Tuanku dengan percubaan untuk memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang berani tidak tunduk kepada MB dari PAS dahulu. Mudah-mudahan BN akan dapat mengendalikan pentadbiran negeri dengan penuh tradisi BN yang lazimnya sederhana, adil & saksama.

Sunday, February 1, 2009

Kuala Terengganu & Dewan Negeri Perak

Keputusan pilihanraya kecil kerusi parlimen Kuala Terengganu akhirnya tidak menyebelahi Barisan Nasional. Kesimpulan-kesimpulan dari keputusan tersebut telah panjang dibincang dalam rencana media-media, akhbar dan seterusnya. Yang nyata, BN perlu memikir semula strategi untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya sedemikian. Pada satu ketika, BN memiliki kelebihan ke atas saingan setiap kali ada pilihanraya kecil. Keadaan kini tidak sama lagi.

Di Perak pula, berita-berita terbaru memberi andaian bahawa lanskap politik Dewan Negeri Perak akan bergolak. BN & Pakatan Rakyat masing-masing sedang berusaha untuk menguasai medan pertempuran politik di negeri ini. Diharapkan BN akan akhirnya berjaya menguasai situasi ini dan seterusnya kembali mentadbir kerajaan negeri, setidak-tidaknya pada PRU-13 yang akan datang nanti.